Pendekkan pautan, dokumen digital dan hasilkan kod QR dalam satu langkah!

go.kelantan.gov.my/

Perkhidmatan untuk penjawat awam Negeri Kelantan bagi memudahkan perkongsian pautan dengan URL pendek yang mesra pengguna, dokumen digital dan kod QR yang dijana secara automatik. Dapatkan juga analitik terperinci untuk mengukur prestasi setiap pautan.

Pratonton eURL Kelantan dengan kod QR rasmi

Ciri-Ciri

Mudah Digunakan

Hanya salin dan tampal pautan panjang anda – sistem kami akan menjana pautan pendek dengan serta-merta.

Domain go.kelantan.gov.my

Pautan menggunakan domain rasmi kerajaan go.kelantan.gov.my lebih dipercayai dan mudah dikenal pasti.

Kod QR Automatik

Setiap pautan pendek akan disertakan dengan kod QR yang dijana secara automatik.

Pautan Dokumen

Kongsi dokumen digital melalui pautan khusus dengan paparan mesra pengguna, termasuk sokongan pratonton dan flipbook.

Integrasi Joomla

Jana dan kongsi pautan secara automatik melalui integrasi API di Joomla untuk aliran kerja penerbitan yang lebih lancar.

Selamat & Terjamin

Semua pautan dilindungi oleh teknologi SSL untuk menjamin keselamatan pengguna.

Akses Dilindungi Kata Laluan

Pautan boleh ditetapkan dengan kata laluan (pilihan) untuk akses terhad. Sesuai untuk dokumen sulit, jemputan terhad atau maklumat dalaman.

Boleh Dipercayai

Kami menyekat sebarang pautan yang mengandungi spam, virus atau perisian hasad.

Statistik Terperinci

Pantau prestasi setiap pautan anda dengan laporan dan analisis terperinci.

Peranti

Akses dan kongsi pautan anda menggunakan telefon pintar, tablet, komputer peribadi atau komputer meja dengan lancar.

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan lazim ini disediakan bagi membantu pengguna memahami fungsi pemendek URL, kod QR, pautan dokumen digital, keselamatan dan penggunaan MyPSM eURL.

Soalan Lazim MyPSM eURL
Apakah itu MyPSM eURL?

MyPSM eURL ialah sistem pemendek pautan rasmi yang membantu pengguna menjana URL pendek, kod QR dan pautan dokumen digital untuk perkongsian yang lebih mudah, kemas dan boleh dipantau.

Siapa yang boleh menggunakan MyPSM eURL?

Sistem ini disediakan untuk pengguna yang mempunyai akaun MyPSM SSO dan e-mel rasmi yang dibenarkan oleh pentadbir sistem.

Apakah jenis pautan yang boleh dipendekkan?

Pengguna boleh memendekkan pautan web yang sah dan sesuai untuk kegunaan rasmi. Sistem juga menyokong pautan dokumen digital melalui fungsi Pautan Dokumen.

Adakah kod QR dijana secara automatik?

Ya. Setiap pautan pendek akan disertakan dengan kod QR supaya pautan boleh dikongsi melalui bahan bercetak, hebahan digital atau imbasan menggunakan peranti mudah alih.

Apakah itu Pautan Dokumen?

Pautan Dokumen membolehkan pengguna berkongsi dokumen digital melalui pautan khusus, termasuk paparan pratonton dan flipbook bagi fail yang disokong.

Bolehkah pautan dilindungi dengan kata laluan?

Ya. Pengguna boleh menetapkan kata laluan untuk pautan tertentu bagi mengehadkan akses kepada penerima yang dibenarkan sahaja.

Adakah pautan yang dijana selamat digunakan?

Sistem menyokong semakan keselamatan pautan dan membantu menyekat pautan yang berisiko seperti spam, virus atau kandungan berbahaya.

Bagaimana statistik pautan direkodkan?

Sistem merekodkan aktiviti capaian seperti klik pautan, imbasan kod QR, peranti, pelayar dan maklumat berkaitan untuk membantu pengguna menilai prestasi setiap perkongsian.

Apakah kegunaan Integrasi Joomla?

Integrasi Joomla membolehkan pautan dijana secara automatik melalui API, khususnya untuk memudahkan penerbitan pautan pendek daripada aliran kerja kandungan Joomla.

Apa perlu dibuat jika pautan tidak boleh diakses?

Semak semula ejaan pautan, status aktif pautan, tetapan kata laluan dan status keselamatan. Jika masalah berterusan, hubungi pentadbir sistem MyPSM eURL untuk bantuan lanjut.

Statistik

URL Telah Dipendekkan

Klik Pautan

Imbasan Kod QR

Pautan Dokumen

Pendaftaran Pengguna

Ingin daftar pengguna?

Pendaftaran hanya melalui akaun Log Masuk Bersepadu (MyPSM SSO)

Pengguna Log Masuk Bersepadu (MyPSM SSO) yang mempunyai hak akses email rasmi* hendaklah memastikan email rasmi telah disahkan untuk akses ke sistem MyPSM eURL.

Pengguna baharu perlu mendaftar melalui log masuk sistem MyPSM eURL atau Log Masuk Bersepadu (MyPSM SSO), melengkapkan maklumat email rasmi serta membuat pengesahan email rasmi terlebih dahulu sebelum log masuk ke sistem MyPSM eURL.

*Email rasmi yang dibenarkan:

@kelantan.gov.my @yik.edu.my @kelantanlibrary.gov.my @e-maik.my @pkink.gov.my @mdketereh.gov.my @mdjeli.gov.my @mpkb.gov.my @yakin.gov.my @kelantan.my

Pengguna MyPSM SSO

Email Rasmi*