Kerajaan Negeri Kelantan

Domain kerajaan berakhir dengan .gov.my

Pastikan domain rasmi adalah sah. Jika pautan kelihatan mencurigakan atau meniru portal kerajaan, keluar dari laman tersebut dengan segera.

Laman web selamat menggunakan HTTPS

Semak ikon kunci dan awalan https:// sebelum berkongsi maklumat sensitif sebagai langkah keselamatan tambahan.

Hebahan

Pengumuman rasmi berkaitan perkhidmatan dan aktiviti semasa.

INTEGRITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA
22 Oct 2026

INTEGRITI TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Integriti ialah asas kepercayaan dan kecemerlangan perkhidmatan awam. Amalkan sikap jujur, amanah, telus dan bertanggungjawab dalam setiap tindakan demi mengekalkan kepercayaan rakyat.

Integriti Diperkasa, Perkhidmatan Berkualiti.

Raja Dan Rakyat, Berpisah Tiada
28 Sep 2026

Raja Dan Rakyat, Berpisah Tiada

ALLAHUAKBAR

Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke-57 Bagi Tahun 2026.

"Raja Dan Rakyat, Berpisah Tiada"
"Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia Dan Akhirat"

Daripada
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Log Masuk Bersepadu MyPSM
12 Aug 2026

Log Masuk Bersepadu MyPSM

Kini lebih mudah dan selamat! 🔐

Akses sistem MyPSM menggunakan satu identiti dengan pelbagai pilihan pengesahan termasuk MyDigital ID, Biometrik, 2FA, Emel dan Google.

✨ Akses mudah • Keselamatan berlapis • Silent SSO • Audit log

Satu Identiti, Satu Akses.

Maklumat Lanjut
Penambahbaikan Sistem Pengurusan Meja Bantuan( (SPMB)
12 Aug 2026

Penambahbaikan Sistem Pengurusan Meja Bantuan( (SPMB)

Penambahbaikan Sistem Pengurusan Meja Bantuan( (SPMB) melalui penambahan ruangan baharu pada menu Aduan Baharu.

Penambahbaikan ini dilaksanakan bagi membolehkan pihak JPA mendapatkan maklumat yang lebih tepat, lengkap dan terperinci daripada pengadu, seterusnya memudahkan proses semakan dan tindakan terhadap aduan yang diterima. Perlaksanaan akan bermula pada 13/8/2026.

Notis Pemakluman: Penutupan Sementara Sistem HRMIS 2.0
21 Jun 2026

Notis Pemakluman: Penutupan Sementara Sistem HRMIS 2.0

Dimaklumkan bahawa Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan melaksanakan aktiviti pengemaskinian dan pengukuhan persekitaran ICT.

Sehubungan itu, sistem HRMIS 2.0 akan ditutup sementara dan tidak dapat diakses sepanjang tempoh berikut:

Tarikh : 26 Jun 2026 (Jumaat)

Masa : 5.30 petang hingga 10.00 malam

Salam Awal Muharam 1448H
17 Jun 2026

Salam Awal Muharam 1448H

Awal Muharam menandakan bermulanya lembaran baharu dalam perjalanan kehidupan.

Semoga tahun hijrah ini membawa keberkatan dalam setiap usaha, ketenangan dalam setiap doa dan kebaikan yang berterusan dalam setiap langkah kehidupan.

Pemakluman: Penambahbaikan Kaedah Alternatif Login HRMIS Menggunakan MyDigital ID
12 Jun 2026

Pemakluman: Penambahbaikan Kaedah Alternatif Login HRMIS Menggunakan MyDigital ID

Sukacitanya dimaklumkan bahawa terdapat satu penambahbaikan berkaitan Kaedah Alternatif Login HRMIS Menggunakan MyDigital ID.

Maklumat Lanjut
Hebahan Penutupan Operasi Pejabat Sempena Hari Kelepasan Am Negeri Kelantan 2026
23 May 2026

Hebahan Penutupan Operasi Pejabat Sempena Hari Kelepasan Am Negeri Kelantan 2026

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat akan ditutup pada tarikh-tarikh hari kelepasan am seperti berikut:

📅 26 Mei 2026 (Selasa) - Hari Wukuf

📅 27 Mei 2026 (Rabu) - Hari Raya Qurban

📅 28 Mei 2026 (Khamis) - Hari Raya Qurban (Hari Kedua)

📅 31 Mei 2026 (Ahad) - Hari Wesak

📅 1 Jun 2026 (Isnin) - Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Sekian, terima kasih.

Maklumat Lanjut
Tarikh Akhir Aktiviti Zero-Based Di Sistem HRMIS 2.0
12 May 2026

Tarikh Akhir Aktiviti Zero-Based Di Sistem HRMIS 2.0

Adalah dimaklumkan bahawa tempoh pelaksanaan Aktiviti Zero-Based bagi Sistem HRMIS 2.0 akan berakhir pada 30 Jun 2026 (Selasa).

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak Pentadbir HRMIS Jabatan untuk memastikan pelaksanaan ini diselesaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan termasuk penyelesaian pemansuhan jawatan lama.

Pembaikan Muat Turun Dokumen Di Sub Modul MyPortfolio HRMIS 2.0
05 May 2026

Pembaikan Muat Turun Dokumen Di Sub Modul MyPortfolio HRMIS 2.0

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah selesai melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi fungsi muat turun dokumen dan paparan carta di Submodul MyPortfolio.

Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan kini boleh mengakses semula fungsi tersebut melalui HRMIS 2.0.

Maklumat Lanjut
Sistem Log Masuk Bersepadu kini disepadukan dengan MyDigital ID
22 Apr 2026

Sistem Log Masuk Bersepadu kini disepadukan dengan MyDigital ID

Dimaklumkan bahawa kaedah pengesahan terbaharu melalui MyDigital ID kini disediakan dalam Sistem Log Masuk Bersepadu.

Pengguna boleh menggunakan identiti digital masing-masing untuk log masuk dengan lebih selamat, cepat dan mudah tanpa kebergantungan kepada kata laluan. Kaedah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan serta memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Maklumat Lanjut
Pengemaskinian Alamat Surat Menyurat Di Sub Modul Pengurusan Rekod Peribadi Bagi Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Bagi Perkhidmatan Awam
09 Apr 2026

Pengemaskinian Alamat Surat Menyurat Di Sub Modul Pengurusan Rekod Peribadi Bagi Pelaksanaan Bekerja Dari Rumah Bagi Perkhidmatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.4.1.2 atau Pekeliling Perkhidmatan Negeri Kelantan Bilangan 3 Tahun 2021: Dasar Bekerja Dari Rumah para 4.5 Tempat BDR menetapkan Tempat Bekerja pegawai semasa BDR ialah tempat tinggal yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja.

Pemilik Kompetensi hendaklah mengemaskini maklumat alamat surat-menyurat sekiranya berkaitan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
21 Mar 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta keceriaan buat semua.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Kerja
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Maklumat Lanjut
WBF Ramadan
19 Feb 2026

WBF Ramadan

Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Bulan Ramadan Di Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan

Sijil Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia
15 Feb 2026

Sijil Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah memperolehi Sijil Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia bersempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam kali ke-29 Tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil.

Pelancaran Pendigitalan Pengurusan Sumber Manusia 2026
11 Feb 2026

Pelancaran Pendigitalan Pengurusan Sumber Manusia 2026

Majlis Pelancaran Pendigitalan Pengurusan Sumber Manusia 2026 melalui Aplikasi MyPSM telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan sempena Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Kelantan Tahun 2026 pada 2 Februari 2026.

Maklumat Lanjut
Perkongsian Maklumat Secara Digital
09 Feb 2026

Perkongsian Maklumat Secara Digital

Perkhidmatan untuk penjawat awam Negeri Kelantan bagi memudahkan perkongsian pautan dengan URL pendek yang mesra pengguna dan kod QR yang dijana secara automatik. Dapatkan juga analitik terperinci untuk mengukur prestasi setiap pautan.
Maklumat Lanjut
KPI HRMIS Tahun 2024: Pencapaian 5 Bintang
02 Feb 2026

KPI HRMIS Tahun 2024: Pencapaian 5 Bintang

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mencapai Pencapaian 5 Bintang bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Sistem Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Tahun 2024.

Keputusan penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) diumumkan pada 30 Julai 2025 bagi tempoh penilaian 1 Januari 2024 hingga 1 Mac 2025 melibatkan 49 jabatan negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Kelantan sempena Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Kelantan Tahun 2026 pada 2 Februari 2026.

Maklumat Lanjut
Pendigitalan BPSM 2026
16 Jan 2026

Pendigitalan BPSM 2026

Tahun 2026: Memacu transformasi digital perkhidmatan kerajaan dalam pengurusan sumber manusia ke arah sistem yang lebih cekap, bersepadu dan mesra pengguna.

Maklumat Lanjut
Log Masuk Bersepadu
12 Jan 2026

Log Masuk Bersepadu

Kini lebih moden, pantas dan selamat dengan konsep Passwordless – tanpa penggunaan kata laluan seperti sebelum ini.

Maklumat Lanjut
Selamat Tahun Baharu 2026
01 Jan 2026

Selamat Tahun Baharu 2026

Semoga tahun baharu ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan kecemerlangan perkhidmatan awam, mempertingkat keberkesanan penyampaian dan memacu kualiti perkhidmatan yang lebih baik.

Penutupan Log Masuk Dengan Kata Laluan
14 Dec 2025

Penutupan Log Masuk Dengan Kata Laluan

Kaedah log masuk menggunakan kata laluan bagi sistem-sistem BPSM akan ditamatkan mulai 1 Januari 2026. 

Mulai tarikh tersebut, pengguna yang menggunakan sistem-sistem BPSM diwajibkan menggunakan MyPSM SSO bagi memastikan akses berterusan ke sistem.

Daftar segera di:
🔗 https://go.kelantan.gov.my/sso

Permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) Dan Cuti Dibawa Ke Hadapan
01 Dec 2025

Permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) Dan Cuti Dibawa Ke Hadapan

Bagi pegawai lantikan Tetap dan Contract Of Service (COS) Waran Perjawatan MOF/JPA melalui HRMIS 2.0 atau MyHRMIS Mobile sahaja.

Bagi pegawai lantikan CFS / JBC / LTBN menggunakan borang manual dan direkodkan melalui Data Sejarah GCR HRMIS.

🔐 MyPSM SSO – Log Masuk Bersepadu
14 Sep 2025

🔐 MyPSM SSO – Log Masuk Bersepadu

Kini lebih moden, pantas dan selamat dengan konsep Passwordless – tanpa penggunaan kata laluan seperti sebelum ini.

MyPSM SSO membantu meningkatkan tahap keselamatan siber dan mengadaptasi teknologi semasa melalui kaedah log masuk terkini.

Maklumat Lanjut
Isytihar Harta
21 Jul 2025

Isytihar Harta

Semua pegawai dikehendaki membuat pengisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun melalui aplikasi HRMIS.

Maklumat Lanjut
Pemendek URL yang ringkas dan pantas!
21 Jul 2025

Pemendek URL yang ringkas dan pantas!

Perkhidmatan kami membantu anda memendekkan URL yang panjang dan mencipta pautan pendek yang lebih mudah difahami serta sesuai untuk perkongsian.

Dapatkan juga laporan terperinci mengenai prestasi pautan anda.

Maklumat Lanjut

Koleksi Video

Tonton video panduan, dokumentari aktiviti dan siaran multimedia.

Merdeka: Satu Hati, Satu Tujuan
31 Aug 2026

Merdeka: Satu Hati, Satu Tujuan

04 Aug 2026

Simposium Perjawatan Sektor Awam (SPSA) 2026

07 Jun 2026

Montaj Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) 2026 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

20 Mar 2026

Muzik Video Raya BPSM 2026